ANISPNYECERITA ❝ personal · photo · blog ❞ | about. Facebook . Twitter .



Assalamualaikum.
Tanpa aku sedar masa pantas berlalu. Tanpa aku sedar juga, usiaku semakin meningkat. Tanpa aku sedar, dugaan terus menimpa aku. Melalui hari hari yang perit. Terus aku pandang kehadapan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Tetapi, sakitnya terus aku rasai tanpa aku mahu. Inginku buang hati ini supaya aku tidak merasai apa apa perasaan.
Sama ada sedih, mahupun perit, gembira dan sakit. Aku ingin menjadi manusia yang tidak punyai apa apa perasaan.
Tidak aku mahu merasai rasa sayang terhadap seseorang, ianya datang sendiri tanpa aku mahu. Tanpa aku sedari, hati ini dimiliki oleh seseorang. Seorang pencuri hati yang ingin mengambil hati orang yang di sayangi.
Seseorang yang mampu membuat aku ketawa terbahak bahak, seseorang yang membuat hidupku dipenuhi dengan cahaya sinarnya. Tanpa aku sedar, aku telah membiarkan pencuri itu mencuri hatiku. Bahagia disampingnya hampir dua tahun. Hidupku bahagia berada disisinya insan yang aku sayangi. Tanpa aku sedar, aku terlalu menyayanginya sepenuh hatiku. Kamar kecilku dipenuhi dengan pemberian insan yang aku sayangi.
Bola hijau masih tersimpan rapi. Gambarnya masih ada di meja belajarku. Segala pemberiannya ada di kamar kecilku. Sungguh, sukar untuk aku melupakannya. Masih segar dalam ingatanku kenangan yang aku cipta bersama insan yang aku sayangi. Setiap saat, setiap masa, setiap hari, mulutku tidak berhenti dari menyebut namanya.
Rindu. Ye, saat ini aku terlalu merinduinya. Merindui akan kenangan yang kita cipta bersama.
Masih aku ingat kenangan yang kita cipta di sekolah. Masih aku ingat kau sanggup menemui aku waktu aku pulang dari sekolah. Masih aku ingat kau sanggup bergegas dari puchong untuk memujukku agar memaafkan kau kembali.
Masih aku ingat, bola hijau pemberian kau dua tahun lepas yang lalu. Masih aku ingat kau menyayangikan lagu untukku dikantin sekolah. Masih aku ingat kau menyelamatkan aku dari lemas di sungai. Masih aku ingat kau ketawa terbahak bahak melihat aku jatuh sewaktu di kem dahulu. Masih aku ingat kau sanggup berlari mendapatkan aku didalam hutan. Masih aku ingat kau berikan aku seseuatu supaya aku lena tidur di kem. Masih aku ingat, latihan kawad dibelakang sekolah. Masih aku ingat kita masuk rumah hantu sewaktu hari karnival dua tahun yang lalu.
Masih aku ingat kau pasti membela aku jika melakukan kesalahan dalam latihan kawad. Masih aku ingat kau membuat pipiku merah menahan malu dihadapan orang. Masih aku ingat kau menangis dihadapanku. Masih aku ingat kau mengadu sakit kepadaku. Masih aku ingat kau sanggup menemaniku bershopping, kau sanggup menahan rasa penat untuk aku. Aku terlalu merindukan kau, rindu untuk menatap mata kau, rindu untuk mendengar suara kau, rindu untuk mendengar gelak tawa kau, rindu semuanya tentang kau. Saat kau ketawa, aku berharap agar kau sentiasa bahagia berada disampingku. Saat kau senyum, aku berharap agar kau tidak akan meninggalkanku. Saat kau memujukku, aku berharap agar kau tidak akan berhenti memujukku. Aku inginkan hubungan kita hingga ke akhir hayat, aku ingin berada disamping kau saat sedih mahupun gembira. Aku inginkan agar kita bahagia selamanya. Aku ingin kau tidak akan berhenti menyayangiku. Sungguh luar biasa dapat bertemu seseorang kepada siapa kita dapat luahkan isi hati kita dan dapat menerima kita seadanya. Masih aku ingat kita merancang bermacam macam. Kita bercerita bagaikan dunia ini hanya ada kita sahaja. Gambar terakhir kita masih aku pegang ketika ini, berharap agar aku dapat putarkan kembali masa untuk melalui detik indah itu kembali. Aku berharap agar kau sentiasa mengingati detik indah yang kita lalui selama ini. Aku berharap agar kau sentiasa merinduiku.
Aku berharap agar kau sentiasa menatap gambar terakhir kita. Aku berharap agar kau sentiasa memikirkanku.
Aku berharap agar kau rasai apa aku rasa detik ini. Aku ingin kau tahu aku terlalu menyayangi diri kau.
Tidak pernah aku melupai semua kenangan yang kita cipta bersama. Aku masih ingat 'Breaking dawn part 1' yang kita tonton bersama. Masih ingat dan masih segar dalam ingatan kata kata kau saat kita tonton bersama. 'hope kita kekal selamanya macam dorang ye' Saat ini, aku menangis menahan rasa sakit dan rindu mengingati kenangan kita selama ini. Aku tertanya apa khabar kau, cukup makan kah, sihat kah, sakit kah. Aku tertanya tanya sama ada kau mengingatiku bagaimana aku mengingatimu saat itu. Kenangan yang kita cipta bersama sukar untuk aku melupakan. Aku ingin kau menjadi yang terakhir dalam hidupku. Bahagia bersama tanpa ada yang mengganggu. Seperti dunia ini cuma hanya ada kita sahaja. Seperti dunia ini hanya milik kita. Cuma perlu tahu, aku terlalu merindui dirimu dan terlalu menyayangi dirimu izz 
 ♥
 


← OLDER POSTS | NEWER POSTS →