ANISPNYECERITA ❝ personal · photo · blog ❞ | about. Facebook . Twitter .



Holiday~

Di petang hari, jam menunjukkan 3.59 petang. fikiran melayang jauh dan semakin jauh ke arah sana~
tidak pasti apa yang difikirkan. tidak pasti apa yang yang di inginkan, tidak pasti apa yang dirasakan.
entahlah~ pergilah jauh dariku wahai perasaan yang tidak bisa ku ungkapkan kepada orang.

Jauh disudut hatiku, kenapa ianya terjadi? semuanya ada hikmah. kesabaran kita di uji. bisakah kau terima anis?
tabahkanlah hati. penghujungnya pasti kegembiraan yang kau rasai. maaf, andai setiap butir bicaraku menyinggung perasaan teman sekalian. perasaan apa yang aku rasai sekarang aku tidak pasti. maaf sekali lagi temanku#

Cuti sekolah, tiada apa yang menarik bagiku. segala apa aku rasai, senyuman akan ku berikan kepada teman.
tidak ingin melihat kerisauan terpancar diwajah comel kau wahai teman.

Ahad lepas. 3 Jun 2012, masa cutiku di isi dengan percutian bersama keluarga selama 3 hari. merapatkan lagi hubungan yang semakin renggang. entahlah, aku tidak pasti. aku tidak bisa. perasaan sering aku pendamkan. itulah aku. tidak ingin ku kongsikan. biarlah ianya berlalu.

Awal pagi sudah ku bangun, menunaikan solat bersiap siap untuk berangkat. jam sudah menunjukkan 7 pagi. beg sudah aku masukkan. tiada apa lagi aku tertinggal. kereta mula bergerak. aku tinggalkan rumah hanya untuk beberapa hari sahaja.

Masing masing senyap, hanya empat beranak sahaja dalam kereta. hanya bunyi lagu lagu yang diputarkan di radio. aku senyap. memerhatikan diluar, memikirkan sesuatu yang tidak bisa ku katakan. masih lagi di dalam kereta, aku tidak bisa pejamkan mata. mataku penat, tidak cukup aku tidur malam itu.

Akhirnya terlelap jua,  tiba tiba kedengaran bunyi bising. adikku sedang berborak dengan mereka.
aku hanya duduk keseorangan dibelakang. wajah comel itu muncul dari depan. aku terkejut lalu membuka mata.

Putri ; kakak anis tidur ke? *muka kelihatan gembira*
Aku  ; *mengangguk* ye, dah bangun pun *senyum terpaksa*

Senyuman itu ku ukirkan, dia masih mentah. tidak mengerti lagi. dia tidak mengetahui apa apa. dia tidak bersalah.
jam sudah menunjukkan 9.30 pagi. ayah memberhentikan kereta untuk bersarapan. kelihatan orang begitu ramai. pergi becuti bersama keluarga. budak berbaju kuning itu menarik tanganku. masuk satu kedai, mencari apa yang dia mahukan, aku turuti sahaja. selesai makan, budak itu menarik tanganku lagi. mengajak pergi taman. aku turuti jua. wajah comel itu sering tersenyum. menemaninya bermain dibuaian. aku hayunkan jua. aku tidak ingin berbuat begitu, tetapi.. dia budak. tidak mengerti apa apa. tidak ingin ku lukai hatinya. dia tiada teman untuk bermain. aku gagahkan jua. aku mengajaknya pergi. perjalanan masih jauh lagi.

Di dalam kereta, dia jelas begitu teruja untuk pergi bercuti. aku? tiada apa yang ingin aku terujakan.
aku perhatikan diluar, rupanya masih lagi di pahang. aku keluarkan telefon bimbit merah jambuku. lalu, ini yang buat

Kabus kelihatan, sejuknya di waktu itu. perutku kekenyangan. ingin saja ku lelapkan mata kembali. tetapi suara comel itu membuat aku tidak bisa lelap. bunyi dia sedang menyanyi. aku hanya mendengar. budak berbaju kuning itu kelihatan begitu gembira. aku tidak bisa teruskan mendengar. akhirnya aku terlelap jua. perjalanan yang begitu jauh, punggungku terasa kebas.

Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. akhirnya sampai jua aku di terengganu. aku terus baring di katil. ingin melelapkan mata. tetapi mata tetap tidak mahu tutup. aku ber- texting dengan dia. akhirnya aku terlelap lagi. keletihan itu terasa, hanya duduk di dalam kereta 5-6 jam bukan memandu kereta tetapi aku berasa letih.

Tiada apa lagi ingin ku ceritakan. ini sedikit gambar.






ikan bakar special terengganu.

sotong celup tepung
udang celup tepung



Percutian selama 3 hari. tujuannya, mereka ingin melihat anak kesayangan mereka beraksi di padang, Softball peringkat negeri. adikku yang kedua, sikapnya sedikit berubah bila berjauhan. belajarlah berdikari.
ingat apa yang dipesan. semoga berjaya dan menjadi atlet kebanggaan negera pada suatu hari nanti.

Kami tidak akrab, aku suka bersendirian. dia lebih akrab bersama budak berbaju kuning tadi.
itulah temannya.

Sedikit buah tangan aku beli, tetapi tidaklah seberapa. hanya ini sahaja mungkin bisa dijadikan kenangan buat temanku. mungkin nanti kita tidak bisa berjumpa lagi, tetapi hanya ini sahaja aku mampu berikan kepada teman.
simpan dan jagalah pemberianku ini. hargailah ia, mungkin pemberian aku itu bisa dijadikan kenangan apabila kita tidak berjumpa lagi. setiap satu aku tuliskan nama.



Sekian, itu saja pada kali ini. akan selalu ku ukirkan senyuman. moga hati terus tabah menerimanya.
terima kasih mereka yang sering membuat hidupku ceria. maaf jika bicaraku ada terguriskan sesiapa.
salam sayang dariku. Assalamualaikum.


 


← OLDER POSTS | NEWER POSTS →